Scrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text Generator

Sunday 1 September 2013

MUHASABAH SEKETIKA

ASSALAMUALAIKUM W.B.T



****************************************************



Dalam mengenang kisah hidup silam
Ku sedar dari kesilapan lalu
Tuhan....
Beratnya dosa dosa ku
Masihkah ada ampunan buatku
Tuhan....
Dalam menempuh hidup ini
Banyaknya dugaan datang menguji
Tuhan....
Ada yang dapat ku gagahi
Dan ada yang gagal ku hindari
Tuhan....
dosaku menggunung tinggi
Tapi..
Taubatku tak ku tepati
Tuhan....
Rahmat-Mu melangit luas
Terlalu sedikit ku bersyukur
Kini ku kembali padaMu
Mengharap maghfirah dariMu
Mogakan terampunlah dosa dosa ku
Biarpun ujian melanda
Ku tetap berkasih padaMu
Kerna ku yakin kasihMu
Kekal tiada sudahnya


****************************************************


Bila aku kenangkan kembali kisah yang lalu
Baru aku sedar,betapa banyaknya dosa dosa aku
Aku berdosa pada semua
Ibu dan abah terutamanya
Mungkin terlalu banyak aku buat dorang sakit ati
Dosa kepada teman2
Andai bicara aku yang menghiris hati
Juga dosa terhadap orang sekeliling aku

Terkadang,hati terasa sayu
Airmata mengalir tanpa ku sedar
Bila aku mengingati segala perbuatan aku
Terlalu banyak masa yang telah aku sia siakan
Dengan segala dosa yang aku buat

Ya Allah..
Mungkin kerana kehilangan membuat aku sedar
Akan segala kejahatan aku
Dan aku tahu
Di sebalik kehilangan ini
Memberi aku seribu makna
Untuk mengubah segala galanya
Dan mungkin ini juga yang dikatakan
Hikmah di sebalik yang berlaku

Terima kasih Ya Allah..
Kerana Kau memberi kan aku peringatan
Yang cukup bermakna buat diri ku
Agar aku tidak terusan melakukan kejahatan

Sungguh aku katakan
Bila mengingati saat kematian
Ketakutan akan menyelubungi diri ku
Begitu juga derasnya airmata
Mengenang kan segala perkara
Bahawa diri tidak punya bekalan untuk menghadapinya

Dengan harapan
Aku memohon andai tiba saat ku
Kau biarkanlah aku menghadapMu
Dalam keadaan aku beriman kepadaMu
Aminn....


****************************************************
Sekadar renungan buat diri ku yang alpa dengan keduniaan ini..



Monday 25 March 2013

KAU SAHABAT KAU TEMAN

24.MARCH.2013 - MUZAIME NOR MOHAJIR




Seorang sahabat yang paling ku sayangi
Telah pergi buat selama-lamanya
Sungguh aku tak menyangka
Ianya berlaku terlalu cepat
Sehingga ku rasa segalanya bagaikan mimpi
Yang bila aku bangun dari mimpi2 ku berharap kau masih ada lagi di dunia ini
Tapi sayangnya semuanya adalah suatu kenyataan
Yang harus aku terima walaupun sukar
Walau betapa pahitnya ku rasakan
Namun apakan daya
Aku harus merelakan pemergianmu wahai sahabat..
Agar kau tenang di sana..



Sahabat yang ku sayang...
Walaupun kau tiada lagi di dunia ini..
Walaupun ku tak bisa melihat wajahmu dan bertemu dengan mu lagi
Walaupun ku takkan pernah bisa mendengar gurau senda
Dan gelak tawamu seperti dulu
Namun kau tetap ada di hatiku
Di hati kami yang pernah mengenali dirimu..
Apatah lagi keluarga yang kau kasihi dan cintai..

Teman..
Jujur ku katakan
Selama perkenalan kita
Aku tak pernah melihat walau sebesar zarah pun keburukan atau kejahatanmu
Malahan aku hanya melihat kebaikan mu sahaja
Kerana kau benar-benar seorang insan yang baik
Yang tidak mungkin aku temui lagi teman seperti mu..
Yang sentiasa membuat kami gembira dan tersenyum
Tidak pernah sekali pun selama perkenalan kita ini
Kau menyakiti hati ku
Atau menggores perasaan ku..
Tidak pernah wahai teman

Sahabat..
Sungguh aku katakan
Aku benar-benar merasa kehilangan
Kehilangan yang tak mungkin bisa untuk ku cari pengganti persis seperti mu
Kerna kau adalah teman satu dalam sejuta
Aku amat menyayangimu teman




UNTUKMU WAHAI SAHABATKU



Telah tiba
Saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir Yang Maha Esa
Telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini
Bila mengenangkan
Kau sahabatku
Kau teman sejati
Tulus ikhlasmu luhur budimu
Bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu
Menghiburkan kami
Memori indah kita bersama
Terus bersemadi
Kau sahabatku
Kau teman sejati
Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah di atas kehendak yang Esa
Ya Allah..
Tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang dikau janjikan nikmat untuk hambamu
Sahabatku..
Akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi
Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi masih roh di jasad
Hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami
Moga amanlah dan bahagia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatihah terus ku kirimkan
Moga di sana
Kau bersama para solehin
Kau sahabatku
Kau teman sejati



KATA2 TERKHIR DARIMU "mie nak mati dulu..mak doakan mie ye"
TAKKAN DAPAT KAMI SEMUA LUPAKAN
KAMI AMAT MENYAYANGIMU WAHAI SAHABAT
SEMOGA KAU AMAN DI SANA....:'(


MOOD: sedih sangat2..:'(

Friday 8 February 2013

JUJUR AKU PENAT...

Aku penat...
Penat menahan kemarahan
Penat untuk bersabar setiap hari
Penat memendam rasa setiap masa
Dan penat  untuk sentiasa mengalah
Aku penat dengan semua tu

Sedangkan aku cuma manusia biasa
Tahu rasa marah
Tahu rasa sedih
Dan tahu rasa kecewa

Tapi kenapa setiap kali berlaku pertelingkahan 
Hanya aku yang dipersalahkan
Sedangkan aku tidak pernah dibenarkan untuk bersuara walau sedikit pun
Aku juga punya perasaan
Aku tak mampu untuk selamanya bersabar
Kerana sabar aku juga punya batas

Bila aku cuba menahan kemarahan
Aku menangis
Betapa sakitnya di hati ini
Tapi aku cuba diamkan

Tapi kenapa bila aku mengalirkan air mata
Orang kata aku mengada2
Sedangkan di hati hanya Tuhan yang tahu bagaimana rasanya
Salahkah jika aku menangis??
Berdosakah menangis tu??
Kenapa mereka tak pernah cuba untuk memahami aku??
Betapa kecewanya aku rasakan

Sedangkan air mata yang mengalir itu
Adalah kerana aku cuba untuk menahan kesabaran
Juga untuk aku melegakan perasaan yang telah sekian lama aku tanggung
Aku terlalu penat dan letih dengan segala2nya
Mungkin betul aku ni jahat
Tapi aku juga punya hati dan perasaan
Tahu rasa sakit,sedih dan kecewa
Dan aku juga manusia biasa yang bisa mengalirkan air mata



Aku penat..
Sampai bila aku harus bertahan??
Aku dah tak mampu
Untuk hadapi semua tu lagi
Jujur aku penat dengan segala2nya...!!!!



Wednesday 9 January 2013

SALAHKAH AKU

Salahkah aku??
Andai aku membenci dirimu..
Berdosakah aku??
Kiranya aku gagal memaafkan mu..
Hinakah aku??
Andai aku menyimpan dendam padamu...
Kejikah aku??
Andai aku mendoakan keburukan bagimu..


Bukan niat aku untuk melakukan semua itu..
Tapi aku hanya insan biasa..
Yang punya hati dan perasaan..
Tahu rasa sakit bila kau perlakukan aku seperti aku tak punya harga diri..


Hanya kerana kau juga..
Menyebabkan persahabatanku putus..
Dan aku tak akan pernah bisa untuk memaafkan dirimu..
Selagi persahabatan aku dan dia tidak terjalin semula..
Walaupun sudah lama berlalu..
Namun sehingga kini..
Aku tidak pernah bisa melupakan..
Betapa jahatnya dirimu..
Memperlakukan aku dan dia sehingga sebegini rupa..
Betapa aku sangat kecewa dengan sikapmu..


Kini..
Diriku penuh rasa kebencian terhadap dirimu..
Tapi..
Salahkah aku???






Mood: tak terdaya untuk memaafkan dirimu...



Wednesday 31 October 2012

KAMI

Salam W.B.T...




............................................................................
.......................................................................................


Kisah kami...
Dah hampir 3 tahun kami bersama..
Banyak kenangan suka mahupun duka yang telah kami lalui bersama..
Walaupun kadang2 ada berlakunya sedikit salah faham..
Tapi kami tetap saling menjaga dan menyayangi..
Antara kami ada ragam yang tersendiri..
Terkadang membuat kami berasa lucu, ketawa,menangis.marah dan macam2 lagi..
Tapi kami tetap bersama..
Tanpa membiarkan sesiapa pun diantara kami keseorangan...
Mungkin itu yang dinamakan sahabat sejati..


Ni la ragam2 kami semua..
Kami yang tidak pernah bisa untuk bersikap matang..
Tapi tetap menggembirakan...


Tak matangkan??
Walaupun umur kami dah mencecah 21 tahun..
hehehe...

Masih ada lagi aksi2 lain tentang kami..
huhu..



hehehe..ada bayak lagi..
Tapi x boleh la nak  tunjuk semua kan..
Kami malu lar..
huu..

Kami rasa bahagia bersama..
Walaupun hanya tinggal bebarapa minggu bersama..
Kami akan tetap cuba untuk menghargai saat yang masih ada..
Itulah kisah kami..
Tapi x banyak pun yang boleh diceritakan..
Nanti tak muat pulak kalau nak ceria semua..
hahaha...
Apa pun,itulah kisah kami semua..
Kami..kami..kami..dan kami..

Lastly..
F0r all my friend..




SELAGI MASIH ADA

Pabila mencintaimu itu indah..
Kembalikan dirimu..
Muncullah..
Ku mahu terus begini..
Pasrah dan menyerah..
Walaupun berliku,aku tidak endah..
Kabarkan pada angin..
Jangan pernah bawa kisah ku pergi..
Aku ingin mengejarmu..
Dalam setiap mimpi..
Selagi itulah kenangan bersama terukir di hati..


Agar ia menjadi memori abadi..
Jika ku bisa lukiskan tawamu..
Akan ku jadikan ia potret terindah..
Sayang..
Yang tersemat di hatiku tanpa jemu..
Peluk ku erat..
Genggam tanganku..
Biar ku sedar jasadmu di sisi..
Aku dalam hatimu takkan pernah jauh..
Kerna aku ada..
Selagi langit dan bumi tidak bertemu lagi..
Percayalah sayang..
Selagi masih ada....


Sunday 14 October 2012

Maafkan Aku...

Hati manusia x slmenye dpt b'sbr..
sbr 2 ad gak bts'y..
sbb ak p0n ad ati n prsaan gak..
da t'lalu byk bnde yg k0 tpu ak..
byk sgt prkre yg k0 s0rokkan dari ak..
k0 rse smpai bler erk ak ley b'thn ngn prgai k0 nie??
spe2 p0n x thn kalau prgai k0 terus2an cmnie..

maafkan aku..
andai satu hari nanti aku tgglkan k0..
mybe time 2 hati ak da t'sgt2 tawar dgn k0..
maafkan aku..
sbb ak x akn b'hrp ap2 lagi pd k0..
ak akn cube buag hrpn 2 ja02..
harapan yang tak menjanjikan apa2..

maafkan aku..
andainya ak diam membisu tanpa kata2..
itu krne k0 tk pernah bg ak pluag utk meluahkn sgle2 yg ak alami..

maafkan aku..
andainya aku membuat k0 letih...
juga maafkan aku jika aku menyakiti hatimu...

sungguh ak tak mampu utk terus bertahan..
bertahun lamenye ak menantikan saat indah bersame k0..
tp ak tetap kcwe..
ak tau..
ak bkn lagi yg terpenting dlm hidup k0...

tiba masenye ak undurkan diri...
andainya itu yg bisa membuat k0 bhgia..
jangan lar k0 cari ak lagi..
dan ak berharap sangat...
agr k0 pergi ja02 dari hidup ak..
jgn sekali2 k0 muncul dlm hidup ak lagi..

ak teramat membenci dirimu..
yang x pernah bisa utk menghargai ak..
saat ak benar2 memerlukan k0..
k0 hilangkn diri entah ke mne..
time ak btl2 d0wn n perlukn kate smgt dri k0..
k0 x ad..
k0 hilangtgglkan ak t'kapai2 sndrian...
adakah itu caranya kau membalas kasih sayang yang aku berikan pada k0???
sungguh hina sekali...
maafkan aku..
atas segala2nya...

mcm ni gak lar hancur berkecainye ati ak atas segala sikap k0...
sungguh menyakitkan...